My Playlist

Monday 8 August 2011

Khas buat dirimu yang bergelar wanita...

Sayidina Ali ra menceritakan suatu
ketika melihat Rasulullah menangis maka
dia datang bersama Fatimah. Lalu
keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.
Baginda menjawab, "Pada malam aku
di-isra'-kan. Aku melihat
perempuan-perempuan yang sedang disiksa
dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya
mengapa aku menangis. Kerana,
menyaksikan mereka yang sangat berat dan
mengerikan siksanya. Puteri Rasulullah
kemudian menanyakan apa yang dilihat
ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan
digantung rambutnya, otaknya mendidih.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya,
tangannya diikat ke belakang dan timah
cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Aku lihat perempuan tergantang kedua
kakinya dengan terikat tangannya sampai
ke ubun- ubunnya, diulurkan ular dan
kala jengking.


Dan aku lihat perempuan yang memakan
badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan
api neraka. Serta aku lihat perempuan
yang bermuka hitam, memakan tali
perutnya sendiri. Aku lihat perempuan
yang telinganya
pekak dan matanya buta, dimasukkan ke
dalam peti yang dibuat dari api neraka,
otaknya keluar dari lubang hidung,
badannya berbau busuk karena penyakit
sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang kepalanya
seperti bab* dan badannya seperti himar,
beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.Aku
lihat perempuan yang rupanya seperti
anjing, sedangkan api masuk melalui
mulut dan keluar dari duburnya
sementara malaikat memukulnya dengan
pentung dari api neraka," kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan
mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai puteriku,
adapun mereka yang tergantung rambutnya
hingga otaknya mendidih adalah wanita
yang tidak menutup rambutnya sehingga
terlihat oleh laki-laki yang bukan
muhrimnya.


*Perempuan yang digantung susunya adalah
isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.


*Perempuan yang tergantung kedua kakinya
ialah perempuan yang tidak taat kepada
suaminya, ia keluar rumah tanpa izin
suaminya, dan perempuan
yang tidak mahu mandi suci dari haid dan
nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri
ialah kerana ia berhias untuk lelaki
yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat
orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya
sendiri dengan gunting api neraka kerana
ia memperkenalkan dirinya kepada orang
yang kepada orang lain bersolek dan
berhias supaya kecantikannya dilihat
laki-laki yang bukan
muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan
tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan
ular dan kala jengking padanya kerana
dia shalat tapi tidak mengamalkannya dan
tidak mahu mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti bab*
dan badannya seperti himar ialah tukang
umpat dan pendusta. Perempuan yang
menyerupai anjing ialah perempuan yang
suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah
Az-Zahra pun turut menangis.



Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

No comments:

Post a Comment